Sukan

TAMBADAU AKAN KEMBALI KE PADANG ESOK

image

KOTA KINABALU: Selepas lebih tiga bulan, skuad Tambadau Sabah akhirnya bakal kembali semula ke padang selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk kembali berlatih.

Menurut surat dari FAM yang diterima SAFA, kebenaran sesi latiha fasa pertama itu berkuatkuasa hari ini namun pengendali pasukan, Kurniawan Dwi Yulianto ketika dihubungi memberitahu, mereka hanya akan memulakan latihan esok.

Katanya, beliau dan rakan sepasukan gembira dengan perkembangan terbaru itu yang membolehkan mereka kembali semula ke atas padang.

”Alhamdulillah, akhirnya dapat berlatih semula, sudah tentu saya gembira dan pemain juga gembira kerana sudah tiga bulan kami tidak melakukan aktiviti di padang.

“Untuk latihan fasa satu ini, kami akan fokus untuk kembalikan ‘touching dan feeling’ dengan bola dulu kerana ia sesuai dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan iaitu tiada kontak antara pemain dalam latihan.

“Kami juga akan pastikan SOP benar-benar dipatuhi kerana kesihatan dan keselamatan para pemain serta pegawai adalah nombor satu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Kurniawan, barisan jurulatih dan pegawai pasukan akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincangkan program latihan agar ianya berjalan lancar.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda