Luar Negara

COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, Jokowi ugut Ingin rombak Kabinet

image

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo bersedia untuk melakukan rombakan Kabinet atau membubarkan mana-mana agensi kerajaan yang tidak berkhidmat secara maksimum bagi menentang penularan pandemik COVID-19 di negara itu.

Memetik laporan Reuters, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi dilaporkan berkata demikian dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Jun lalu, yang mana video tersebut didedahkan pada Ahad.

"Saya rasa barisan menteri hanya menjalankan tugas seolah-olah keadaan adalah normal. Itu yang membimbangkan saya. Tidakkah mereka bimbang juga? Ini adalah sebuah krisis besar," katanya.

"Saya akan melakukan langkah-langkah luar biasa untuk kesemua 267 juta rakyat negara ini. Ia termasuk membubarkan agensi kerajaan, rombakan Kabinet dan saya sudah memikirkan semua perkara itu," jelasnya.
Jokowi turut menyatakan kerajaan kini bergerak perlahan dalam menangani krisis yang turut melanda seluruh dunia itu.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan jumlah kumulatif kes mencecah 54,000 kes dengan lebih 2,700 kematian sekali gus mencatatkan kadar jumlah tertinggi di Asia Timur di luar China.

Sebelum ini kerajaan pimpinan Jokowi dilaporkan membelanjakan sehingga $50 bilion (RM214.58 bilion) bagi menangani krisis pandemik COVID-19 di negara itu.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda