Hiburan

Bintang TikTok India Ditemui Mati

image

New Delhi: Bintang TikTok India, Siya Kakkar ditemui mati kerana dipercayai membunuh diri, lapor media India.

Insiden itu selepas aktor Bollywood Sushant Singh Rajput membunuh diri, beberapa minggu lalu.

Berita mengenai kematian Kakkar yang berusia 16 tahun itu mengejutkan pengikutnya dengan ramai pengguna Twitter berbincang mengenai masalah mental dalam kalangan remaja.

Sakkar mempunyai lebih 1.1 juta pengikut TikTok sememangnya antara selebriti media sosial terkenal di India.

Dia seorang yang aktif di laman sosial dan sering memuat naik video menari menerusi akaun TikTok.

Pengurusnya melaporkan, remaja itu dalam keadaan baik ketika kali terakhir ditemui petang sebelum kejadian.

Bahkan, Sakkar sempat memuat naik video tariannya pada petang Rabu lalu.

“Apa kesalahan dengan kehidupan muda sehingga dia mengakhiri sedemikian rupa.

“Mari lakukan sesuatu untuk pastikan golongan muda sihat dari segi fizikal dan mental,” kata pengguna Twitter, CharuPragya.

Menurut Indiatoday, berita kematian Sakkar disahkan pengurusnya yang menguruskan kerjaya remaja itu.

“Saya ada bercakap dengannya malam sebelum kematiannya mengenai projek baharu dan dia kelihatan normal.

“Syarikat saya menguruskan ramai artis dan Siya mempunyai bakat dan peluang cerah,” katanya.- Agensi

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda