Berita Semasa

Pemilik Akaun Facebook Hina Polis Kini Diburu

image

BELURAN: Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang dipercayai mengeluarkan kenyataan untuk mempertikaikan ketelusan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda, berkata video berdurasi tujuh minit yang turut tular itu mengandungi kenyataan pemilik akaun yang berbentuk

fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan nama baik IPD Beluran dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita sudah membuka kertas siasatan

dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook,” katanya semalam.

Kasim berkata, siasatan awal juga mendapati penularan video itu adalah berkait dengan tangkapan membabitkan kes pertengkaran di hadapan Pasaraya Gemilang Beluran yang dibuat anggota polis IPD Beluran ketika melakukan rondaan cegah jenayah.

Katanya, pemilik akaun Facebook berkenaan mempertikaikan tindakan pihak polis dan menyatakan tindakan anggota berkenaan seolah-olah tidak telus ketika kejadian berlaku.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda