Jenayah

Seorang Warga Pakistan Mati Dibunuh Oleh Lebih 20 Orang Warga Asing Di Sabah

image

SEPANGGAR, SABAH – Seorang lelaki warga Pakistan dipercayai mati dibunuh oleh warga asing dipercayai ‘Puak Rajin’ yang juga merupakan penduduk yangg tinggal di kawasan paya bakau berdekatan pusat membeli-belah 1Borneo di sini, petang tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kedai runcit milik warga Pakistan tersebut di simpang tiga antara Kampung Numbak dan Kampung Suang Parai.

Pihak wartawan Sabah News ketika mengambil keterangan beberapa saksi yang enggan nama mereka disiarkan berkata bahawa seorang kanak-kanak warga asing dipercayai ‘Puak Rajin’ telah datang ke kedai runcit berkenaan untuk membeli sebotol air minuman berharga RM2.

Menurut saksi, kanak-kanak tersebut menyerahkan duit RM10 kepada mangsa (warga Pakistan) untuk membayar air minuman, namun mangsa hanya memulangkan baki wang sebanyak RM3 sahaja.

Kembalinya kanak-kanak itu di rumah, ibu dan abang kepada kanak tersebut tidak berpuas hati atas tindakan mangsa lalu bergegas ke kedai runcit dan terus memarahi lelaki warga Pakistan itu sehingga tercetusnya pergaduhan yang melibatkan kekasaran berlaku.

Kekasaran dan pergaduhan yang berlaku menyebabkan abang kepada kanak-kanak tersebut terpaksa dikejarkan segera ke hospital berhampiran kerana mengalami koma selepas dipukul oleh dua (2) lelaki warga Pakistan.

Kesan daripada insiden itu, lebih daripada 20 orang warga asing dipercayai daripada penempatan haram di kawasan tersebut menyerang kedai runcit dan terus memukul dua (2) lelaki warga pakistan itu.

Serangan tersebut telah menyebabkan seorang lelaki warga Pakistan itu telah terbunuh akibat hentakan dan pukulan yang kuat daripada kumpulan warga asing tersebut.

Sumber foto: Facebook…

Menurut sumber, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan orang ramai yang mengetahui perkara sebenar boleh menghubungi atau datang terus ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda