Berita Semasa

SEBANYAK 99,976 KIR TELAH TERIMA BANTUAN COVID MENERUSI KPLB

image

KOTA KINABALU: Seramai 99,976 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Covid Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) setakat 23 Jun 2020 melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM36.6 juta.

KIR ini terdiri daripada mereka yang berada dalam daftar e-Kasih, iaitu bagi kategori Miskin Tegar, Miskin dan Terkeluar serta KIR yang dikenalpasti oleh pejabat-pejabat daerah dan permohonan online.

Bantuan tersebut disalurkan terus ke akaun bank KIR serta pembayaran tunai bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank juga dilaksanakan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet KPLB Sabah pada Rabu.

“Di peringkat kementerian, kita memproses dan menapis semua permohonan yang diterima bagi mengelak pertindihan permohonan bantuan yang diselaraskan oleh kementerian atau agensi negeri lain.

“Kita dapati banyak permohonan yang dikemukakan ke kementerian ini telahpun mendapat bantuan daripada kementerian atau agensi tersebut.

“Saya difahamkan Jabatan Bendahari Negeri Sabah masih terus memproses baucer-baucer bantuan yang telah dikemukakan oleh kementerian dan agensi yang menyelaraskan program bantuan Covid Sabah ini,” katanya.

Di peringkat kementerian, Ewon berpuashati dengan komitmen dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh para pegawai kementerian untuk memastikan program bantuan ini dijayakan.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda