Jenayah

harap Jaga Rumah, Tapi Mencuri Pula Kerjanya

image

SANDAKAN: Harapkan pagar, pagar makan padi.Itu perumpamaan layak digelar terhadap seorang wanita yang diamanahkan untuk menjaga sebuah rumah di Karamunting, di sini, namun sebaliknya dipercayai mencuri sejumlah barangan bernilai RM7,000 daripada rumah terbabit.

Wanita berusia 40 tahun itu dicekup pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan di sebuah rumah di Jalan Batu Sapi, di sini, Isnin lalu.

Turut ditemukan semula adalah TV berukuran 32 inci, pemain cakera video digital (DVD), penyedut habuk dan tong gas yang dipercayai dicuri.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.

“Wanita terbabit disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kes berasingan, dua lelaki ditahan di sebuah rumah setinggan di Batu Sapi, kira-kira pukul 9 malam pada hari yang sama.

Suspek masing-masing berusia 35 tahun itu ditahan susulan dipercayai terbabit dalam kes pecah pejabat di Ulu Sibuga, awal bulan ini yang membabitkan kerugian RM26,198.

Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah dengan seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan jenayah.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda