Berita Semasa

Seorang Lelaki Ditemui Mati Di Kebun

image

TUARAN: Seorang lelaki ditemui mati di sebuah kawasan kebun berhampiran Kampung Sungai Damit, di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat berkenaan ditemui pemilik kebun berkenaan yang kemudiannya segera menghubungi pihak polis kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim yang mengesahkan penemuan mayat berkenaan ketika dihubungi berkata, mayat berusia 28 tahun itu ditemui berpakaian lengkap.

Katanya, polis turut ditemui bersama kad pengenalan, kad bank dan wang tunai di badan mangsa.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dikesan pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.

Katanya,setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kematian mangsa dan mendapatkan maklumat ahli keluarga mangsa,” katanya.-sabah news kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda