Jenayah

SEBANYAK 134 PATI DIUSIR BALIK KE INDONESIA

image

TAWAU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengusir seramai 134 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ke negara asal menerusi pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Pengarah MKN Sabah, Sitti Saleha Habib Yussof, berkata seramai 133 orang lagi PATI dari negara itu dijangka diusir Jumaat ini.

Katanya, ia adalah pengusiran ke-17 dan 18 menerusi laut pada tahun ini membabitkan PATI dari negara Indonesia dan Filipina.

“Ini menjadikan seramai 3,936 orang termasuk PATI warga India, China, Pakistan dan Vietnam telah diusir sepanjang tahun ini dan 595,193 sejak tahun 1990.

“Seperti siri pengusiran sebelum ini, semua tahanan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses berlangsung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sitti Saleha berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap PATI akan sentiasa dijalankan dalam usaha mengurangkan keberadaan PATI di negeri ini.

Katanya, MKN juga berharap kerajaan Filipina terus memberi komitmen baik dalam mempermudahkan siri pengusiran PATI Filipina ke negara asal.

“Kerajaan Filipina menerusi kedutaannya di Kuala Lumpur telah memberikan respon yang positif dalam urusan pengusiran tahanan PATI Filipina di Pusat Tahanan Sementara (PTS).

“Hasil kerjasama baik ini, pengusiran PATI Filipina akan dilaksanakan dalam waktu terdekat,” katanya.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda