Luar Negara

Superkomputer terpantas dunia 'Fugaku' bantu cari penawar Penyakit COVID-19

image

TOKYO: Sebuah superkomputer di Jepun yang berkelajuan tinggi dilaporkan mempunyai kemampuan luar biasa termasuk kemungkinan membantu manusia menemukan rawatan bagi mencegah virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19. 

The Guardian melaporkan superkomputer Fugaku mampu melakukan pengiraan lebih 145 quadrillion dalam sesaat, yang mana hampir 2.8 kali lebih pantas berbanding sistem Summit yang dibangunkan oleh Oak Ridge National Laboratory di Amerika Syarikat (AS).

Superkomputer yang dibangunkan oleh sebuah syarikat teknologi gergasi Jepun, Fujitsu dan Riken dengan sokongan institusi penyelidikan kerajaan itu mempunyai 150,000 unit pemprosesan komputer (CPU) yang mampu melakukan beribu-ribu ujian dalam tempoh seminggu.

Pekakasan yang mempunyai kepantasan lebih 1,000 kali berbanding komputer biasa itu juga dapat digunakan untuk mensimulasikan nuklear, melakukan pengujian senjata maya dan memodelkan sistem iklim.
Memetik kata Ketua Pusat Riken, Institusi Sains Komputer, Satoshi Matsuoka dalam akhbar Nikkei, dalam kajian seismik di Jepun, Fugaku juga akan dimodelkan untuk mengesan impak gegaran gempa bumi dan tsunami. 

Meskipun tidak beroperasi sepenuhnya sehingga tahun depan, pakar berharap superkomputer bernilai 130 bilion yen (RM5.2 bilion) itu mampu membantu mengesan penawar bagi rawatan COVID-19 dengan menggunakan kira-kira 2,000 ubat sedia ada, termasuk yang masih belum dilakukan ujian klinikal lagi.

Menurut laporan itu, beberapa sumulasi mengenai bagaimana virus menerusi titisan cecair atau droplet di sebuah bilik pejabat yang telah diasingkan serta kereta api yang tingkapnya terbuka boleh merebak telah dilakukan.

"Saya berharap superkomputer ini dapat menyumbangkan kepada perkembangan COVID-19 yang mencabar ini," katanya.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda