Luar Negara

COVID-19: Boris Johnson Telah dilapor semakin sihat

image

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson dilaporkan semakin sihat.

Setiausaha Kewangan Britain, Rishi Sunak berkata Johnson masih diletakkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Saint Thomas di London.

Tambahnya, Johnson kini boleh duduk dan berbual dengan doktor.

Johnson sebelum ini dilaporkan stabil pada malam pertama di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di London.

Johnson, 55, mengumumkan beliau positif jangkitan koronavirus pada 27 Mac dan berada dalam tempoh pengasingan diri.

Selepas demam lebih seminggu, beliau kemudian dimasukkan ke hospital Guy dan St Thomas di London pada Ahad.
Beliau dipindahkan ke unit penjagaan intensif pada petang Isnin susulan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda