Berita Semasa

Pengguna Jalan Raya Papar Lama Mengeluh Papan Tanda Mengelirukan

image

PAPAR: Pengguna jalan Papar Lama mendakwa pemasangan penanda jalan yang mengelirukan di jalan itu menjadi punca kepada beberapa kemalangan termasuk kemalangan maut kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, tiga mangsa maut manakala dua lagi parah membabitkan sebuah kereta Honda Civic dan sebuah lori tiga tan.

NOR AZURIANI

Selain itu, tidak sampai 24 jam, satu kemalangan lain turut dilaporkan berlaku pagi semalam di kilometer 23 Jalan Papar Lama iaitu kawasan yang berhampiran dengan lokasi kejadian kemalangan sehari sebelum itu.

Berdasarkan tinjaun wartawan Borneo Today, kebanyakan penduduk sekitar yang ditemui menyatakan keadaan jalan tersebut  mengelirukan dan tiada papan tanda yang jelas untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Menurut Nor Azuriani Natasha, 31, keadaan jalan raya di kawasan kemalangan itu sememangnya amat mengelirukan kerana laluan jalan raya tidak jelas.

“Baru-baru saya ada juga pergi sana, jalan dia memang mengelirukan kerana bila kita lalu tiba-tiba sahaja dia berubah dari kanan kita kena pergi laluan di sebelah, lepas itu jalan dia masih belum siap.

“Mana-mana kereta yang tidak biasa

KASSIM PUNCUNG

memang akan keliru, lampu jalan pun belum ada, kalau malam, memang teruk juga,” katanya.

Seorang peniaga sayur di Kinarut, Kassim Puncung, 49, berkata, keadaan jalan yang berbukit bukau  juga merupakan faktor berlakunya kemalangan di kawasan itu.

“Jalan sana sangat buat keliru bah, kalau kita jalan bukan rata, kita tidak nampak di hadapan kita,”jelasnya.

Tambahnya, pengguna jalan raya juga mudah keliru kerana orang awam beranggapan jalan tersebut sudah siap sepenuhnya.

Kassim berkata, pihak berkuasa harus meletakkan papan tanda pandu perlahan agar orang ramai peka dengan keadaan jalan tersebut.

MOHD ESNISHAL

Selain itu, seorang lagi penduduk kampung di perumahan Kinarut Ria, Mohd Esnishal bin Tulin, 25, turut mendedahkan pendapat yang sama di mana kekurangan papan tanda yang jelas dan tepat menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Jalan itu mengelirukan, papan tanda tidak nampak, kalau hujan lembat macam tadi, susah mau nampak dan kalau boleh letak papan tanda, letak lampu sebab sana belum ada kemudahan itu,” katanya.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda