Politik

Saya tak pernah mungkir janji - Dr Mahathir

image
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau seorang yang sering memungkiri janji seperti didakwa sesetengah pihak.

Dr Mahathir berkata, beliau akan menunaikan janji yang dibuatnya seperti mana yang dilakukkannya sebelum ini.

"Kalau sampai masa saya janji, saya akan tunaikan janji.

"Boleh semak saya punya kelakuan sejak saya jadi perdana menteri bahkan sebelum itu, saya tak pernah mungkir janji," katanya dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini.
Dr Mahathir mengambil contoh beliau menepati janjinya untuk mengundurkan diri pada tahun 2002, yang memungkinkan peralihan kuasa yang lancar setelah 22 tahun menerajui pentadbiran.

"Pada masa itu, (Lim) Kit Siang berkata saya tak mungkin letak jawatan. Ini semua sandiwara. Tapi seperti mana yang kita tahu, sampai masa yang cukup, saya letak jawatan. Saya tak pernah mungkir janji. Tunjuk di mana saya mungkir janji?" katanya lagi.
Dalam temubual itu Dr Mahathir turut mendedahkan perbincangan tentang calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Plus.

Jelas Dr Mahathir, parti Warisan berpendirian bahawa beliau perlu diangkat menjadi perdana menteri sekali lagi untuk membuktikan "parti Melayu" adalah sebahagian daripada gabungan tersebut.

"Kalau PH ternampak seolah-olah ini gabungan parti campuran berbagai kaum, saya khuatir ahli-ahli Dewan rakyat Melayu tidak akan bagi sokongan dan kalau tak ada bagi sokongan, tak apalah.

"Nak jadi perdana menterikah, nak jadi apa pun, tetapi kalau tak dapat sokongan tak dapat jadi kerajaan.

"Pemilihan (calon) sebagai perdana menteri pun tak ada makna. Bukan calon yang penting, tapi kemenangan mendapat majoriti yang penting.

"Saya tak boleh guarantee (jamin), tapi itu pengalaman kita, bila tak ada sokongan parti titik Melayu, parti lawan tak pernah menang," katanya.

Dr Mahathir menjelaskan, ketika PH membentuk kerajaan, amalan meletakkan ahli politik mengetuai entiti yang berkaitan dengan kerajaan telah diubah digantikan dengan golongan profesional yang sesuai dengan peranan tersebut.

"(Sekarang) bukan saja kesalahan Najib (Razak) dulu perlu diperbetulkan, tapi kesalahan Muhyiddin ini lebih besar.

"Kita telah tukar dari orang politik kepada (golongan) profesional (dalam mengetuai GLC), orang yang cekap dalam bidang perniagaan dan sebagainya.

'Sekarang ini dia (Muhyiddin) tukar kepada orang politik balik. Sekali lagi akan berlakulah penyelewengan, curi duit dan sebagainya," katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata, jika rancangan PH Plus berjaya untuk mengambil alih semula kerajaan, gabungan itu juga harus melihat campur tangan politik dalam urusan pemerintahan dan sistem kehakiman.

Sekiranya PH Plus gagal mengambil alih kerajaan, Mahathir berkata beliau tidak akan mempunyai pilihan kerana beliau tidak bersedia untuk bekerja dengan Muhyiddin.

"Kalau kita tak dapat menang, apa nak buat? Tunggulah pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat akan tentukan walaupun rakyat akan disogok seperti dulu.

"Sebab cash is king (wang adalah segala-galanya). Slogan itu sudah kembali, didokong orang yang (dulu) menentang.

"(Tapi) saya yakin rakyat umumnya tidak suka amalan cash is king. Seperti mana PRU ke-14, mereka tolah cash is king, saya yakin dalam PRU ke-15 pun (rakyat akan tolak).

"Walaupun banyak duit akan diberi kepada rakyat untuk sokong parti Muhyiddin, Umno dan PAS, saya yakin rakyat tidak akan pilih mereka," katanya-Sabah News Kini
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda