Info

Gereja-Gereja Di Kawasan Zon Hijau Dan Kuning Dibuka Semula

image

KOTA KINABALU: Gereja di kawasan zon hijau dan  kuning kini dibenarkan beroperasi semula selepas tiga bulan ditutup berikutan penularan wabak Covid-19.

Pembukaan semula rumah-rumah ibadat bukan Islam itu adalah tertakluk kepada pematuhan syarat prosedur operasi standard (SOP) baharu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang berkata, rumah ibadat dibenarkan menjalankan upacara ibadat tetapi terhad kepada satu pertiga daripada jumlah penganut setempat.

Antara garis panduan yang perlu diikiti adalah mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain, suhu badan diperiksa, menggunakan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Tambahnya, golongan yang berusia 70 tahun ke atas, 12 tahun ke bawah termasuk penganut yang mempunyai bergejala seperti batuk, demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema serta mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, kanser dan penyakit-penyakit lain juga tidak dibenarkan untuk menghadiri upacara ibadat di gereja.

Selain itu, majlis perkahwinan, pengurusan kematian dan majlis makan dan minum yang melibatkan orang ramai dan sebarang aktiviti melibatkan sentuhan juga tidak dibenarkan.

Tegas beliau, ahli jawatankuasa, ketua agama, petugas dan penganut dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebiasaan baharu dan segala aktiviti berkumpul di luar rumah ibadat sebelum dan selepas acara ibadat juga tidak dibenarkan.

Jannie berkata, kementeriannya telah mendapat maklum balas dan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama Kristian berhubung pembukaan semula rumah-rumah ibadat.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda