Politik

Gapari, Jonathan Sila Ke Pergi Filipina Suruh Bagi Pasport Jika Boleh : IMM13

image

KOMEN: Jangan rendahkan kebijaksanaan rakyat Sabah dan kepada YB Jonathan Yassin (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan Gapari (Presiden Star, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan), jangan perbodohkan bangsa anda sendiri.

Menteri KDN cakap, kita tukar semua kepada IMM13 kemudian akan minta kerajaan Filipina untuk keluarkan pasport kepada orang-orang ini agar kita boleh bagi mereka permit pula untuk benarkan mereka kerja di Malaysia, betulkan jika saya salah, itu apa yang Menteri KDN cakap betul atau tidak? (correct me if I am wrong thats what Menteri KDN cakap, am I right?)

Baiklah saya ambil secara positif, bagaimana pula macam ini, kenapa tidak sebelum KDN laksanakan satu dokumen tunggal IMM13 (Ok I take it positively, how about this, why not, before KDN impliment this one single document of IMM13). Apa kata Menteri KDN, Jonathan Yassin dan Gapari pergi Filipina sekarang dan minta kerajaan Filipina keluarkan pasport kepada pemegang-pemegang IMM13 yang sudah ada sekarang yang telah pegang sama ada sejak 1970-an atau diwarisi daripada nenek moyang mereka sebelum pemegang-pemegang Burung-Burung dan Sijil Banci di tukarkan ke IMM13.

Anda fikir boleh lakukan itu? (Do you think you can do that?) Sebelum ini Dr. Max (Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili) cakap ada 65,000 pemegang IMM13, maka apa kata untuk membuktikan bahawa kerajaan Filipina akan setuju bagi pasport hanya kepada pemegang IMM13, jadi kenapa tidak (so why not) urus dulu 65,000 orang ini sebelum baki jumlah 71,055 ditukarkan kepada IMM13 daripada Burung-Burung dan Sijil Banci.

Kalau saya boleh quote kenyataan YB Jonathan Yassin dalam jawapan dia kepada siaran pengguna Facebook,

“.Persoalannya ialah kenapakah Kerajaan Malaysia pada masa ini tidak  menghantar (mendeportasi) balik pelarian yang dalam kategori nombor 2 (merujuk kepada pemegang IMM13, Burung-Burung dan Sijil Banci) ini sedangkan kejadian perang seperti tahun 1970-an tidak berlaku lagi pada masa sekarang? Jawapannya ialah kerana  Kerajaan Filipina  tidak memberi pengesahan bahawa mereka yg tergolong dlm 2 (a), (b), (c) dan (d) adalah warga mereka dan kesanggupan mereka utk memberikan dokumen yang sah kepada golongan ini dan menerima mereka semula ke negara mereka. Jika Kerajaan Filipina memberi pengesahan dan dokumen sah kepada golongan ini sebagai warga mereka maka sudah lama mereka dihantar balik.”

Dalam jawapan siaran Timbalan Menteri di atas, anda nampak apa yang saya nampak? (you see what I see?) Siapa boleh nampak? Saya biarkan untuk anda fikir, kenyataan Menteri dan Kenyataan Timbalan Menteri ada percanggahan.

Jika Filipina boleh terima pelarian-pelarian perang generasi ke-3 dan ke-4 ini sebagai warga mereka, kenapa perlu diberikan IMM13? Kenapa tidak kerajaan Filipina berikan terus pasport kepada mereka ini semua? Jika Filipina setuju, kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan pastinya akan berikan kerjasama dengan memberikan konsulat Filipina tempat yang selesa seperti Stadium Likas untuk mereka buka kaunter pengeluaran pasport Filipina kepada golongan ini tanpa perlu kerajaan Malaysia susah-susah mahu bagi IMM13 dulu sebelum kerajaan Filipina bagi pasport Filipina.

Namun, sekali lagi saya ambil positif, (But again I take it positively), maka apa kata kalau boleh saya cadangkan urus dulu pemegang IMM13 yang sudah ada sekarang sebab pemegang IMM13 yang ada sekarang pun jumlahnya cukup ramai sebab asas kepada kenapa kerajaan Filipina tidak iktiraf pemegang IMM13, Burung-Burung dan Sijil Banci adalah kerana selain tiada pembuktian bahawa mereka itu rakyat Filipina melalui dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan Filipina sama ada pasport atau sijil lahir nenek moyang mereka, malah pemegang-pemegang IMM13, Burung-Burung dan Sijil Banci juga tidak mengiktiraf diri mereka sebagai warga Filipina kerana mereka cakap mereka lahir di Sabah, sudah tidak punya keluarga di Filipina, malah ada sebahagian besar juga sudah tidak mahir berbahasa Filipina dan jika dihantar ke Filipina, kebarangkalian besar akan menjadi gelandangan di sana kerana tiada tempat untuk mereka tuju dan tiada keluarga untuk mereka tinggal.

Maka kepada Gapari dan YB Jonathan Yassin, jangan perbodohkan dan perkecilkan kebijaksanaan bangsa anda dan rakyat Sabah pada keseluruhannya. Kesian pada mereka kerana sering diperbodohkan oleh anda. Cakap terus terang bahawa pemberian satu dokumen tunggal (one single document) ini adalah perlu kerana memudahkan penguatkuasaan, memudahkan kerajaan Malaysia memantau keberadaan mereka, memburu sindiket pemalsuan dan paling penting ingin mengetahui jumlah sebenar mereka kerana tanpa satu dokumen tunggal (one single document) ini agensi penguat kuasa seperti Imigresen menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti ketulenan dokumen-dokumen  lain yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang lain kerana tiada pengkoordinasian.

Bagaimana anda ditaklimatkan oleh pegawai-pegawai KDN, begitulah saya ditaklimatkan dulu dan saya setuju perlu ada pengkoordinasian cuma IMM13 bukan penyelesaian kerana dokumen itu banyak palsu dan senang dipalsukan. Kalau tidak setuju dengan Pas Sementara Sabah, gunalah nama lain atau mungkin guna nama “Kad Gapari” agar penyokong Gapari setuju tentang pelaksanaan satu dokumen tunggal (one single document) ini tanpa bantahan.

Realitinya, kenyataan bagi IMM13 dulu kemudian nanti akan runding kerajaan Filipina untuk bagi pasport adalah kenyataan penyedap hati khususnya kepada kaum Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) yang ada di Sabah agar mereka tidak bantah sebagaimana mereka bantah PSS dahulu.

Sekali lagi untuk buktikan kenyataan Menteri KDN, apa kata minta kerajaan Filipina bagi pasport kepada pemegang IMM13 yang ada sekarang dahulu sebelum Sijil Banci dan Burung-Burung ditukarkan kepada IMM13. Insya Allah kami akan sokong jika terbukti (we will support if it’s proven) kerajaan Filipina setuju bagi.

Video di bawah, Gapari cakap IMM13 sepatutnya bolehlah diberikan pertimbangan untuk diberikan kewarganegaraan? Tengok video ini kita boleh jadi keliru, cuba tanya Gapari, mahu bagi IMM13 untuk minta pasport dengan kerajaan Filipina atau bagi IMM13 untuk bagi kewarganegaraan Malaysia? Mana satu yang betul ni Gapari?

baca atikel sebelumnya : https://www.sabahnewskini.com/v/19/politik/article/798/Pemberian-IMM13-Bermanfaat-Untuk-Sabah--Kata-Jeffrey

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda