Luar Negara

Kes positif Pesakit COVID-19 di seluruh dunia kini cecah 8 juta

image

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 8 juta setakat awal pagi Rabu.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, peningkatan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kini 8.09 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.13 juta kes.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, peningkatan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kini 8.09 juta kes.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, peningkatan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kini 8.09 juta kes.

Brazil dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing mencatatkan 888,000 kes dan 544,000 kes.
Negara keempat mempunyai kes jangkitan yang teruk ialah India dengan lebih 343,000 kes.

Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Peru.
Sementara sembilan lagi negara mempunyai kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Iran, Jerman, Chile, Turki, Mexico, Pakistan, Arab Saudi dan Kanada.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda