Berita Semasa

Taman Hidupan Liar DI Lok Kawi dibuka semula

image
SUASANA hari pertama pengoperasian semula Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kinarut, Papar semalam dilihat agak sunyi dan lengang.

Tinjauan mendapati belum ada pengunjung atau pelawat datang melainkan beberapa pekerja kelihatan sibuk melaksanakan tugas masing-masing.

Pegawai Hidupan Liar Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Siti Nur Ain Ampuan Acheh berkata, taman hidupan liar itu menetapkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas pengunjung.

Beliau berkata, pengunjung diminta untuk menulis maklumat diri dalam buku disediakan, memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan pensaniasi tangan di samping suhu badan mereka diperiksa.

"Bagi pengunjung membawa keluarga, kami menetapkan peraturan hanya seorang saja wakil untuk membeli tiket di kaunter jualan tiket.

"Selain itu, kami melakukan disifenksi setiap hari dan turut meletakkan tanda untuk penjarakan sosial terutama di pondok pelawat yang berfungsi sebagai tempat untuk pengunjung meninjau haiwan.

"Kami menetapkan seramai 50 pelawat sekali masuk. Memandangkan kawasan ini luas kemungkinan ia tidak akan menjadi sesak tetapi pihak pengurusan tetap memantau sekiranya berlaku kesesakan disebabkan penjarakan sosial tidak dipatuhi," katanya. - Harian Metro
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda