Berita Semasa

PRASEKOLAH, TABIKA DIBENARKAN DIBUKA MULAI JULAI INI

image

KOTA KINABALU: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, mengumumkan semua prasekolah dan tabika dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai depan.

“Mesyuarat khas telah bersetuju berhubung pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai ini.

“SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya dalam sidang medianya, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, selepas Kementerian Pendidikan membentangkan SOP berkenaannya.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda