Politik

Dua Adun keluar UPKO jadi wakil Kini bebas

image

KOTA KINABALU: Pengumuman dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO keluar dari parti itu hari ini seakan-akan mengiyakan desas-desus wujudnya pembelian ADUN oleh Perikatan Nasional (PN) ternyata benar.

Seramai dua ADUN Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) keluar dari parti itu adalah ADUN Sugut Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury.

Kedua-dua mereka mengumumkan keluar parti dan meletak semua jawatan dalam UPKO untuk menjadi ADUN Bebas.

Dengan itu, UPKO kini mempunyai tiga ADUN dalam kerajaan Sabah termasuk Presiden UPKO yang merupakan ADUN dilantik.

Pengumuman dua ADUN itu keluar parti, menyebabkan kerusi milik kerajaan Sabah kini adalah 45 kerusi termasuk ADUN dilantik.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda