Politik

Azis Memulang Paku Buah Keras Kepada Jeffrey Dan Penentang PSS?

image

KOMEN: Bila Pakatan Harapan dulu cadang One Single Document untuk generasi ketiga dan keempat pelarian perang, dicakap mesra pendatang asing tanpa izin (PATI).

Siap tuduh lagi kononnya cadangan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Bila PN cadang One Single Document, apa komen Gapari (Datuk Dr. Jeffrey Kitingan)?

Mana sudah kumpulan Black Sunday, Black Beauty dan kumpulan segala Black? Tidak

mahu pohon permit himpunan aman? Ada apa-apa komen?

Saya ulang, cadangan penyelarasan dulu dicadangkan oleh kerajaan BN dan kerajaan PH tidak halang utk meneruskan melainkan hanya tukar nama kepada Pas Sementara Sabah (PSS) dan tempoh perbaharui dari lima tahun dikurangkan kepada tiga tahun sebab selain memudahkan penguatkuasaan, antara alasannya adalah terlalu banyak dokumen palsu yang di keluarkan oleh sindiket pemalsuan sejak sekian lama termasuklah dokumen IMM13 hingga mengakibatkan jumlah pemegang dokumen ini nampak terlalu ramai berbanding jumlah dalam rekod yang sepatutnya.

Selain itu apa yang pasti menggantikan cadangan PSS dengan hanya gunakan IMM13 juga ingin mengaburi dan menutup malu kerana tujuan tetap sama tetapi lebih nyata ialah masalah dokumen IMM13 palsu yang berada banyak di luar masih tidak dapat di selesaikan.

Dulu mereka cakap, apa mahu tukar dokumen, kenapa tidak hantar saja ke negara Filipina?

Sekarang Gapari sudah jadi kerajaan, kenapa tidak hantar, apa mahu bagi dokumen lagi?

Dulu Gapari cakap kerajaan PH bagi perbaharui PSS kononnya tanpa had, maka cadang IMM13 PN ni ada had ka?

Perbaharui sampai bila dan berapa kali maksimum? Minta komen Gapari.

Oh ya, masa pilihan raya kecil Kimanis, Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) cakap banyak-banyak cadangan BN, Warisan dahulukan cadangan pemberian PSS kepada pelarian.

Habis tu PN ni apa?

Dalamtempoh tiga bulan PN jadi Kerajaan Persekutuan, lawatan pertama Menteri KDN PN ke Sabah, pengumuman pertama dia lawat Sabah adalah bagi One Single Document kepada pelarian?

Only one single comment from me about this latest proposal..

“HIPOKRIT “

sumber: borneotoday

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda