Kesihatan

MALAYSIA CATAT SATU KEMATIAN, 33 KES BAHARU : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini sebanyak 119.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini turut memaklumkan sebanyak 33 lagi kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 8,402.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 119 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,115 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Noor Hisham berkata, daripada 33 kes baru yang dilaporkan, 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 17 kes penularan di dalam negara, 14 kes adalah bukanwarganegara dan tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” jelasnya.-Sabah News Kini
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda