Luar Negara

Covid Nama si harimau Bengal

image
Mexico: Seekor anak harimau Bengal baru lahir diberi nama Covid memberi harapan baru kepada Pusat Penyelamat Hidupan Liar dan Pemulihan ‘Afrika Bio Zoo’ di Cordoba, Mexico. Covid dilahirkan bulan lalu di pusat berkenaan turut terjejas dengan penularan pandemik Covid-19 menyebabkan separuh penduduk dikenakan perintah berkurung dan perniagaan terpaksa ditutup serta menjejaskan pemilik zoo swasta. “Kelahiran Covid adalah hadiah untuk kami, hadiah yang luar biasa untuk Bio Zoo dan kami sebagai keluarga, memberi sedikit harapan dalam keadaan kritikal ini. “Ia adalah harapan, virus yang datang untuk mengajar kita untuk menjaga diri kita,” kata Kitzia Rodriguez, doktor haiwan di zoo yang dikendalikan oleh keluarganya. Menurutnya, walaupun masih berjuang untuk berdiri dan sentiasa mengeluarkan lidahnya meminta susu, Covid sudah menunjukkan dirinya harimau Bengal dengan ngauman bertenaga. “Covid sangat kuat walaupun tidak ada yang mengetahui ibunya hamil,” tambah Rodriguez. Ibunya berusia lapan tahun diselamatkan daripada sarkas dan mengalami masalah pinggul menjadikannya sukar untuk hamil.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda