Jenayah

Sambung Paip Haram, Premis Cuci Kereta Di Tawau Dikompaun Sebanyak RM5,000

image

TAWAU : Gara-gara mahu mengaut keuntungan berlipat ganda, pemilik sebuah premis cuci kereta dikompaun RM5000 selepas didapati melakukan penyambungan paip secara haram di Batu 3 Jalan Apas, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila premis itu diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Air Tawau (JAT) menerusi operasi bermula jam 12 tengah hari.

                                              Foto Ihsan Jabatan Air Tawau

Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robenson, berkata siasatan mendapati satu penyambungan haram dari paip utama bersaiz setengah inci disambungkan terus ke pusat cucian kereta terbabit.

“Hasil iasatan lanjut, kami dapati sambungan haram tanpa meter itu adalah daripada punca bekalan air terawat dipercayai untuk kegunaan kerja-kerja mencuci di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Berikutan itu, Asabri berkata, anggota penguat kuasa mengeluarkan kompuan ke atas pemilik premis berkenaan selain membuat pemotongan ke atas sambungan haram terbabit.

Katanya, tindakan tegas (kompaun) diambil kerana pemilik premis didapati melanggar Seksyen 49 (b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.- BH Online

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda