Luar Negara

Jumlah kes positif global cecah 7.4 juta : COVID-19

image

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.44 juta berbanding 7.3 juta pada Khamis.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih dua juta kes.

Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.44 juta berbanding 7.3 juta pada Khamis.
Menurut data terbaharu dari Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.44 juta berbanding 7.3 juta pada Khamis.

Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 772,000 kes.
Rusia pula ketiga tertinggi dengan 501,000 kes.

Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 adalah United Kingdom, India, Sepanyol, Itali dan Peru.
Lapan negara berada dalam kelompok dengan kes jangkitan melebihi 100 ribu,000 adalah Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico, Arab Saudi dan Pakistan.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda