Berita Semasa

Sambutan Hari Raya Haji Telah Dibernarkan Di Sabah Semasa PKPP

image

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Raya Haji (Aidiladha), ibadah korban dan rumah ibadah bukan Islam seperti gereja dan kuil kini dibenarkan dibuka di Sabah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Itu antara beberapa akiviti yang akan dibenarkan sepanjang pelaksanaan PKPP  yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, sepanjang PKPP, kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi sektor dibuka.

Beliau berkata,  waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak yang berwajib.

Antara sektor dan aktiviti lain yang dibenarkan termasuk:-

– Rentas Negeri

– Gunting Rambut (Asas Sahaja)

– Pasar Mingguan (telah dibenarkan sejak (9 Mei)

– Melancong Dalam Negeri (Domestic Tourism)

– Sambutan Raya Haji dan Ibadah Korban

– Sekolah Dibuka Secara Berperingkat (termasuk Tadika)

– Dobi Layan Diri (telah dibenarkan sejak 9 Mei)

– Kolam Memancing (tertakluk kepada saiz dan penjarakan sosial)

– Berbasikal / Konvoi (tidak lebih daripada 40 orang)

– Outdoors Rekreasi dan Riadah yang tidak bersentuhan, jogging, hiking, scuba, gym, diving, snorkeling dan sebagainya

– Sukan Yang Tidak Bersentuhan. Contoh: table tennis, tennis, badminton, line dance dan sebagainya

– Rumah Ibadat Bukan Islam (Gereja, Kuil dan sebagainya)

Operasi Yang Tidak Dibenarkan

– Barter Trade

– Pub / Kelab Malam

– Pusat Hiburan / Refleksologi / Karaoke

– Taman Tema

– Perarakan Keagamaan

– Kenduri-Kendara

– Rumah Terbuka

– Sukan Bersentuhan. Contohnya: Renang, Ragbi, Bola Sepak, Hoki dan lain-lain

– Melancong Ke Luar Negara

– Sempadan Negara Masih Ditutup

– Perhimpunan Orang Ramai

Kerajaan Negeri Sabah mengingatkan rakyat di negeri ini dan juga pelawat untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan dalam semua urusan dan aktiviti yang dibenarkan untuk memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti bagi membendung penularan Covid-19. – Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda