Berita Semasa

MUNIRAH NAFI AKAN LOMPAT UNTUK BERI SOKONGANG KEPADA PN

image

KOTA BELUD: Desas-desus mengatakan empat Ahli Parlimen (MP) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) akan keluar parti bagi menyokong Perikatan Nasional (PN) sedikit ‘cacat’ apabila salah seorang daripada yang dikaitkan menafikan perkara itu, hari ini.

Isnaraissah Munirah Majilis yang juga MP Kota Belud berkata, dakwaan mengatakan empat MP Warisan termasuk seorang wanita bakal keluar parti adalah tidak benar.

“Saya terkejut bila ada portal yang menyebut empat orang ahli parlimen Warisan bakal keluar parti termasuk seorang wanita yang viral bermula petang tadi.

“Saya satu-satunya ahli parlimen wanita dalam Warisan dengan ini menafikan bahawa saya akan keluar parti dan menyokong PN.

“Jika dilihat, saya adalah antara penggerak awal parti yang menjelajah seluruh negeri sejak 2016 demi masa depan yang lebih baik untuk orang Sabah.

“Gelaran Yang Berhormat yang saya terima sekarang adalah atas kepercayaan masyarakat dengan parti Warisan itu sendiri dan saya tidak akan mensia-siakannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Munirah berkata, beliau berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Semalam, sebuah akhbar nasional melaporkan empat ahli parlimen bakal keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional.

Laporan berkenaan turut dinafikan oleh Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan semalam.

Loretto menyatakan tindakan sebegitu hanya permainan politik oleh pihak PN yang merasa takut akan sokongan yang kini diterima Pakatan Harapan.-Sabah News Kini
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda