Berita Semasa

Keperluan ujian swab COVID-19 sebelum masuk Sabah adalah hak kerajaan negeri- Ismail Sabri

image

PUTRAJAYA : Mereka yang mahu memasuki Sabah perlu menjalani ujian swab COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu.

Justeru kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , polisi kerajaan negeri itu perlu dipatuhi semua pihak.

"Itu merupakan polisi kerajaan negeri yang perlu mereka akur sebab saya faham kebimbangan kerajaan negeri Sabah atau Sarawak kerana mereka berada dalam pesawat lebih dua jam  kalau ke Sabah.  Mungkin itu membimbangkan kerajaan negeri. 

"Oleh sebab itu mereka membuat polisi seperti itu. Kalau yang nak pergi ke Sabah, itulah polisinya, tidak dibenarkan masuk Sabah sebelum ujian swab . Mereka boleh lakukan di mana-mana klinik termasuk di klinik swasta negara ini," katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu. 


BACA: Tak perlu buat ujian COVID-19 lagi sebelum masuk Sabah
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda