Hiburan

Puteri Aishah tiada simptom Covid19

image
PELAKON Puteri Aishah yang disahkan positif Covid-19 kini sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ditempatkan di salah sebuah hospital bagi menjalani rawatan. Pengurusnya, Iman Tang berkata, selepas dimaklumkan jurukamera yang bersama dengan Aishah ke Inverness, Scotland untuk penggambaran drama disahkan positif Covid-19, Aishah membuat ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, semalam. “Sabtu lalu Aishah dimaklumkan salah seorang jurukamera didapati positif Covid-19. Jadi, semua kru dan pelakon dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan. Aishah kemudian segera membuat temu janji di sebuah pusat perubatan di Cheras. Semalam dia menjalani ujian itu dan petang tadi dimaklumkan dia positif Covid-19. “Tidak banyak yang dapat kami bualkan kerana masing-masing terkejut. Ketika saya menghubunginya, dia dalam perjalanan ke pusat perubatan itu untuk mengambil laporan kesihatannya “Dia memberitahu selepas ambil laporan itu dia perlu pulang ke rumah dan menunggu panggilan daripada KKM untuk menepatkannya di hospital untuk menjalani rawatan. Kemungkinan malam ini atau esok,” katanya yang turut menaklumkan Aishah menetap di Cyberjaya. Selain Aishah dan jurukamera berkenaan, turur positif wabak itu ialah pengarah drama terbabit, Rahila Ali. Menurut Iman, Puteri tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti Covid-19 memandangkan dia seorang yang aktif dan berdisiplin. “Sebalik pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu, dia memberitahu tiada sebarang gejala dijangkiti wabak itu dan dia menjalani kuarintin di rumahnya. “Dia juga aktif sepanjang proses kuarintin apabila sering bersenam dan disiplin dalam pengambilan vitamin supaya antibodinya kuat,” katanya. Terdahulu, Iman mendedahkan Puteri Aishah disahkan positif wabak Covid-19 di akaun Instagram miliknya.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda