Berita Semasa

Kini Tak perlu Lagi buat ujian COVID19 sebelum masuk Sabah

image

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah memansuhkan syarat supaya individu yang ingin masuk ke negeri itu supaya menjalani ujian COVID-19 terlebih dahulu, pada Rabu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagaimanapun semua individu terutama yang bukan rakyat Sabah dan warga asing, diwajibkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri seperti mengemukakan pas kerja dan dokumen lain yang masih sah.

"Pada hari ini, Sabah memutuskan untuk memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah melalui semua laluan dengan mengecualikan individu menjalani ujian tersebut (COVID-19).

"Bagaimanapun, bagi mereka yang bukan rakyat Sabah dan bukan warganegara Malaysia diwajibkan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Sabah memutuskan untuk membenarkan semua perjalanan masuk rakyat Malaysia ke negeri itu tanpa menjalani kuarantin wajib.

Ia bagaimanapun dengan syarat mereka telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri lain dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah dan disahkan negatif.-Sabah News Kini
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda