Jenayah

14 ORANG TERBABIT DADAH DIBERKAS

image

KINABATANGAN: Seramai 14 individu ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi operasi yang dilaksanakan di sini bermula awal bulan sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 12 tangkapan membabitkan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan bakal berdepan hukuman gantung sampai mati.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik berjaya merampas sebanyak 146.20 gram dadah jenis syabu.

Katanya, penahanan kesemua individu termasuk tiga warga tempatan itu adalah susulan pelaksanaan 16 siri Ops Tapis di kawasan dipercayai tumpuan pengedaran dan penagihan dadah.

“Selain itu, ada antara suspek yang ditahan menerusi sekatan jalan raya dalam Ops Covid-19 yang dilaksanakan untuk mengesan dan membanteras jaringan bekalan dadah menerusi pengangkutan awam, persendirian atau perkhidmatan penting.

“Semua tangakapan telah dibawa ke mahkamah untuk direman dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda