Berita Semasa

SAYA SEDIA MEMBERI KERJASAMA : PETER

image

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony berkata, beliau sedia memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada bila-bila masa jika diperlukan.

“Ini adalah keterangan mengenai beberapa projek berkaitan dengan kerajaan negeri dan saya akan sedia bekerjasama serta akan datang pada bila-bila masa untuk memberi keterangan,” katanya ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM Sabah di sini, hari ini.

Keterangan yang diberi Peter kepada SPRM dipercayai berhubung beberapa kes projek membabitkan pembinaan jalan raya di negeri ini.

Peter tiba di pejabat SPRM itu pada 10.20 pagi dengan ditemani peguamnya Cedric Choo dan kemudiannya selesai memberi keterangan pukul 5.20 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan itu juga, Peter berkata ia adalah proses biasa dalam memberi keterangan kepada SPRM selepas ada laporan yang dibuat oleh pihak tertentu.

Sebelum ini, sebuah terdapat laporan sebuah portal tempatan mengenai pemberian kontrak daripada Jabatan Kerja Raya Sabah bernilai RM1.5 bilion tanpa tender yang dikaitkan dengan Peter.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda