Hiburan

Puteri Aishah Disahkan positif Covid-19

image
PELAKON Puteri Aishah disahkan positif jangkitan Covid-19 hari ini. Berita mengejutkan itu disahkan pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram. “Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh. Dia baru menghantar mesej mengatakan dia positif Covid-19, setengah jam lalu. Mohon doakan dia supaya cepat sembuh ,” tulisnya. Bagaimanapun, punca atau gejala yang dihidapi bekas finalis Dewi Remaja 2015 itu tidak diperincikan. Difahamkan, Puteri Aishah baru sahaja pulang dari Scotland selepas menjalani penggambaran drama.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda