Berita Semasa

Jumlah kes positif global hampiri 7 juta : COVID-19

image

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 6.96 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 380,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului kes jangkitan COVID-19 dengan mencatatkan 1.92 juta.

Ia juga satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi 1 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 380,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
Menurut data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 380,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif 672,000 kes, manakala Rusia ketiga dengan melebihi 467,000 kes.

India kini menyertai United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang berada pada kelompok negara mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 kes.
Arab Saudi hari ini menyertai tujuh negara lain yang mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 kes.

Antara negara yang melepasi angka 100,000 ialah Peru, Perancis, Jerman, Iran, Turki, Chile, Mexico, dan Arab Saudi.

Negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 100,000, namun Pakistan dan Kanada melepasi angka jangkitan di China dengan jumlah melebihi 84,000 kes.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda