Berita Semasa

SEORANG LELAKI MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA

image

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh pacuan pacuan empat roda yang hilang kawalan selepas terlanggar takungan air di Kilometer 21, Jalan Papar Lama, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis pacuan empat roda Isuzu D Max yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun bergerak dari arah Beaufort menuju ke Kota Kinabalu.

Katanya, kenderaan Isuzu DMAX berkenaan gagal dikawal selepas terlanggar takungan air di atas jalan raya sehingga menyebabkannya terbabas dan masuk ke lorong bertentangan.

“Ketika kejadian hujan sangat lebat dan kenderaan pacuan empat roda yang gagal dikawal terus terbabas dan merempuh motosikal mangsa.

“Akibat daripada rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Batholomew berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk proses bedah siasat.

“Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya,” katanya.- Sabah News Kini
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda