Berita Semasa

RUMAH PEKERJA HANGUS TERBAKAR, TIGA KELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL

image

SANDAKAN: Tiga keluarga yang mendiami sebuah blok rumah pekerja sempat menyelamatkan diri sebelum rumah didiami terbakar dalam kejadian di Kampung Ulu Dusun, dekat sini, pagi tadi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11.48 pagi sebelum menghantar 15 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi itu.

Katanya, blok itu yang menempatkan enam rumah pekerja terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.

“Kita turut menerima bantuan tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

“Sebuah blok yang didiami pekerja terbakar 100 peratus. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 13.30 tengah hari,” katanya.

Jimmy berkata, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda