Berita Semasa

Seramai 224 individu telah dikompaun sepanjang PKPB di Sabah

image

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, merekodkan keseluruhan 224 kompaun dikeluarkan dan menahan seramai 97 individu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 13 Mei hingga semalam.

Mengikut rekod, kompaun dikeluarkan terhadap 159 lelaki dan 65 wanita manakala individu yang ditahan pula membabitkan 75 lelaki dan 14 wanita.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata daripada jumlah itu, sebanyak 36 kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya.

Katanya empat kertas pertuduhan sudah dijalankan di Mahkamah membabitkan 30 orang kena tuduh.

“Semua 97 individu yang ditahan membabitkan 61 warganegara tempatan dan 36 warga asing kerana melanggar arahan PKPB yang dikuatkuasakan sejak 13 Mei lalu.

“Selain itu, bagi tempoh PKPB berkuatkuasa, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik pula sudah mengeluarkan sebanyak 15,439 saman kepada pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Zaini berkata dalam tempoh sama, jumlah kemalangan membabitkan 879 kes dengan 12 kes maut, 11 kemalangan parah dan 10 kes kecederaan ringan.

Katanya, baki 846 kes pula adalah membabitkan kemalangan kerosakan.

“Jumlah tangkapan pengguna jalan raya pula direkodkan sebanyak 21 individu,” katanya. – SabahNewsKini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda