Berita Semasa

PPM untuk Balung Dan Melalap dan Tambunan dilantik

image

KOTA KINABALU: Tiga pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) mengangkat sumpah hari ini.

Mereka adalah Ahmad Abidin (Dun Balung), Nixboy Piunin (Dun Melalap), dan Johney Joanis (Dun Tambunan).

Majlis ringkas tersebut diadakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal di pejabatnya di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

Ketua Menteri berkata sebagai mata dan telinga kepada rakyat, PPM perlu bekerja tanpa mengira kaum, kepercayaan dan juga fahaman politik.

Beliau turut mengingatkan mereka untuk berkhidmat dengan sebaik-baiknya kepada rakyat dan menjalankan tugas dengan penuh etika serta sentiasa merujuk kepada pemimpin atasan.-SabahNewsKini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda