Jenayah

Siber kafe diserbu ingkar PKPB Di Inanam

image

DUA individu ditahan selepas didapati membuka siber kafe yang beroperasi tanpa kebenaran dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Inanam, Kota Kinabalu, Sabtu lalu.

Selain serbuan ke siber kafe itu, polis turut menyerbu kios beroperasi melebihi 10 malam di Api-Api Centre selain sekitar sebuah pusat belah-belah di Kota Kinabalu dan restoran di Menggatal kerana tidak mematuhi penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam operasi Sabtu lalu hingga kelmarin itu, 17 individu dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB, termasuk individu yang membuka siber kafe berkenaan.

Beliau berkata, selain penahanan dua individu membuka siber kafe, 10 individu ditahan di sebuah restoran di Manggatal dan lima lagi individu didapati berkumpul di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah di Kota Kinabalu.

"Semua yang ditahan berusia lingkungan 21 tahun hingga 60 tahun membabitkan 11 lelaki dan enam wanita.

"Mereka ditahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 6) (Pindaan) 2020 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 15 akta sama," katanya ketika dihubungi, hari ini

Habibi menasihati masyarakat di daerah ini supaya mematuhi SOP PKPB yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengelak tindakan tegas diambil.

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda