Kesihatan

MALAYSIA CATAT 66 KES SEMBUH, 20 KES BARU : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 20 lagi kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 7,877.

Selain itu, seramai 66 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 6,470 atau 81.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ini bermakna jumlah kes Covid-19 aktif yang dicatatkan di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 1,292 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya, hari ini, turut memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 15 adalah kes import manakala lima lagi kes penularan tempatan.

Beliau berkata, enam daripada pesakit yang masih menerima rawatan kini ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiada kematian terbaharu dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat wabak itu kekal sebanyak 115 kes.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda