Berita Semasa

PERJALANAN MASUK KE SABAH TELAH DIBENARKAN SEMULA

image

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan semula perjalanan masuk ke negeri ini sama ada menerusi udara, darat dan laut, bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataannya, hari ini, berkata kebenaran itu termasuk kepada penjawat awam, pekerja sektor swasta, dan semua warganegara Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di semenanjung, Sarawak atau Labuan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengecualikan mereka menjalani kuarantin dengan syarat telah melakukan ujian Covid-19 di negeri atau tempat masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum memasuki Sabah serta disahkan negatif.

“Surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga hendaklah dikemukakan setibanya di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata, Kerajaan negeri juga mengalu-alukan kepada semua warganegara Malaysia sama ada daripada semenanjung, Sarawak atau Labuan untuk datang ke Sabah dan menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya, bagi yang bukan warga Sabah serta warga asing, mereka diwajidkan mengemukakan pas kerja serta pas-pas lain yang masih sah setibanya di Sabah.- Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda