Kesihatan

KES BAHARU DI SABAH SEMALAM ADALAH BERKAITAN HWKK : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Kes Covid-19 baharu yang dicatatkan di negeri ini, semalam, adalah membabitkan kes tempatan berkaitan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Sabah.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataannya semalam berkata, pesakit terbabit kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah 1,329 ujian telah dijalankan pada 31 Mei lalu, menjadikan jumlah keseluruhan ujian yang telah dijalankan di Sabah sebanyak 91,699.

“Daripada jumlah ujian berkenaan, satu sampel positif merupakan sampel untuk kes baharu.

“Selain itu, sehingga 31 Mei juga, seramai 7,223 orang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah manakala seramai 926 orang masih berada di 46 buah pusat kuarantin di seluruh Sabah,” katanya.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda