Luar Negara

533 kes baharu di Singapura jadikan keseluruhan 32,876 : COVID-19

image

SINGAPURA: Singapura dalam laporan awal mereka hari ini mengesahkan 533 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dan menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu kepada 32,876 kes, dengan kira-kira 50 peratus daripada pesakit telah pulih sepenuhnya pada Selasa.

Kes baru yang dilaporkan itu hanya melibatkan tiga warganegara Singapura atau penduduk tetap, manakala yang lainnya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura  di sini, pada Rabu.

Kementerian itu menyatakan mereka masih berusaha untuk mendapatkan butiran penuh kes baru itu dan akan diumumkan kemudian.

Data yang disiarkan pada lewat Selasa, menunjukkan Singapura mengklasifikasikan 1,670 sebagai kes komuniti, 580 kes import, dan 30,093 melibatkan pekerja yang tinggal di asrama pekerja.
Sehingga semalam, 585 kes yang disahkan masih berada di hospital, dengan lapan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, manakala 23 telah meninggal dunia.

Kementerian itu berkata, 15,291 pesakit yang menunjukkan gejala ringan, atau sihat secara klinikal tetapi disahkan positif COVID-19, telah diasingkan dan dipantau di pusat komuniti.

Tiada kluster baru dikesan semalam, manakala kluster terbesar di republik itu iaitu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai 2,683 kes yang disahkan.

Manakala asrama pekerja terbesar di Singapura iaitu Sungei Tengah Lodge, di 500, jalan Old Choa Chu Kang, mempunyai 1,956 kes yang disahkan.
Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda