Jenayah

DADAH BERNILAI RM28,000 BERJAYA DIRAMPAS

image

SANDAKAN: Polis merampas 351.2 gram dadah disyaki jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM28,000 dan menahan dua individu di Kilometer 52, Sandakan-Lahad Datu, dekat sini, petang semalam.

Ia susulan penahanan sebuah kereta jenis Nissan Frontier dinaiki kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 22 tahun dan penumpang wanita berusia 21 tahun.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik hasil maklumat risikan.

Dadah dalam kereta

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan kemudian menemui dadah yang disembunyikan dalam beberapa bahagian dalam kenderaan.

Jelasnya lagi, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek pula mendapati mereka negatif dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda