Kesihatan

MALAYSIA CATAT 15 KES BAHARU, 42 LAGI SEMBUH : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Selepas dua hari berturut-turut mencatat kes baharu Covid-19 dengan tiga angka, jumlah hari ini kembali kepada dua angka iaitu sebanyak 15 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di negara ketika ini adalah sebanyak 7,619.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya di Putrajaya, hari ini, turut memaklumkan seramai 42 lagi pesakit telah sembuh dan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah pulih ialah 6,083 orang atau 79.8 peratus.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 sekarang adalah 1,4421 kes.

Enam kes import

Noor Hisham berkata, daripada 15 kes baharu hari ini, enam kes terdiri daripada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian dicatat hari ini, jumlah kumulatif maut kekal 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.- Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda