Berita Semasa

KDCA TIDAK MEMBENAR GUNAKAN HONGKOD KOISAAN

image

KOTA KINABALU: Pertandingan Unduk Ngadau tidak dibenarkan diadakan di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), kata Timbalan Presiden KDCA Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata pihaknya telah membuat ketatapan agar tiada sambutan Kaamatan diadakan di kawasan berkenaan berkenaan pada tahun ini ekoran penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tidak benar Unduk Ngadau diadakan

“Selaras dengan ketetapan itu kita tidak boleh membenarkan sebarang aktiviti seperti Unduk Ngadau diadakan di Hongkod Koisaan KDCA kerana ia dapat menarik perhatian orang ramai dan kita tidak mampu mengawal keadaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiada boleh halang anjur Unduk Ngadau

Ditanya mengenai Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah yang bakal diadakan di Hongkod Koisaan KDCA 31 Mei ini, Jeffrey berkata pihaknya tidak boleh menghalang penganjurannya namun ia tidak boleh dilaksanakan di Hongkod Koisaan KDCA.

“Mereka boleh melaksanakan pertandingan itu…namun kita tidak sesekali akan benarkan ia diadakan di Hongkod Koisaan KDCA,” tegasnya.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Datuk Peter Anthony mengumumkan penganjuran Unduk Ngadau 2020 secara dalam talian, dan tujuh peserta akhir bakal bertanding di
Hongkod Koisaan KDCA pada 31 Mei ini.-SabahNewsKini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda