Kesihatan

MALAYSIA CATAT 187 KES BARU HARINI : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Malaysia hari ini sekali lagi mencatat kes baharu tiga angka iaitu 187, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 7,604.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam sidang media beliau, hari ini, turut memaklumkan seramai 62 lagi pesakit telah sembuh dan discah menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 6,041 orang atau 79.4 peratus.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 sekarang adalah 1,448 kes.

173 kes babitkan warga asing

Noor Hisham berkata, daripada 187 kes baru yang dilaporkan itu, 10 kes terdiri daripada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

“Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat (4) kes sahaja,” katanya.

Sembilan di ICU

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat sembilan belas kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian dicatat hari ini, jumlah kumulatif maut kekal 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.-Sabah News Kini

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda