Jenayah

LELAKI SEMBUNYI ROKOK SELUDUP Di DALAM VAN

image

SIPITANG: Seorang lelaki ditahan selepas didapati memiliki 42 kotak besar berisi pelbagai jenama rokok disyaki diseludup yang disembunyikan di dalam sebuah van di Kampung Padang Berampah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, ketika beliau bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19, menerima maklumat berkaitan sebuah van yang mencurigakan.

Serbuan di rumah tidak bernombor

“Pasukan polis kemudian mengesan van berkenaan dan apabila tiba di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Berampah, mendapati seorang lelaki berada di dalam rumah berkenaan.

“Lelaki itu kemudian mengakui yang van berkenaan milikinya. Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan berkenaan menemui 42 kotak besar berisi rokok pelbagai jenama tanpa cukai kastam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suspek dibawa ke IPD Sipitang

Champin berkata, tangkapan berusia 44 tahun bersama rokok dibawa ke IPD Sipitang untuk siasatan lanjut dalam aktiviti penyeludupan rokok seludup.

“Siasatan awal mendapati semua rokok itu adalah barang larangan import yang tidak membayar cukai.

“Rampas 42 kotak itu berisi sebanyak 42,000 batang rokok pelbagai jenama,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Mohon orang ramai khususnya warga di daerah ini supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam aktiviti jenayah penyeludupan dan penjualan dadah syabu serta lain-lain jenayah,” katanya.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda