Kesihatan

MALAYSIA CATAT 172 KES BAHARU, 159 ADALAH WARGA ASING : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Seramai 159 dariapada 172 kes Covid-19 baharu yang dicatatkan di Malaysia, hari ini, adalah membabitkan warga asing.

Daripada jumlah kes baharu itu juga, lapan lagi adalah membabitkan warga tempatan manakala lima adalah kes import.

Jumlah berkenaan juga adalah yang terbanyak selepas sebelum ini Malaysia konsisten dengan peningkatan hanya dua angka.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negara ini sebanyak 7,417 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya hari ini turut memaklumkan seramai 34 lagi pesakit telah sembuh dan discaj.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 5,979 manakala jumlah kes aktif di Malaysia adalah sebanyak 1,323 kes.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, lapan orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiada kematian akibat wabak itu, hari ini, dengan jumlah kes kematian di Malaysia kekal 115.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda