Berita Semasa

ENAM KEDAI HANGUS DIJILAT API DI TELUPID

image

TELUPID: Enam lot kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gambaron, di sini, petang semalam.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang sebelum menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota penyelamat.

Katanya, kedudukan lokasi kebakaran terletak sejauh 93 kilometer daripada balai dan pasukan bomba cuma dapat mengawal api daripada terus merebak pada jam 6 petang.

“Kedai yang terbakar membabitkan dua lot kedai runcit, dua stor penyimpanan barang runcit, sebuah bengkel dan sebuah kedai tayar.

“Sebuah van turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya di sini, hari ini.

Rastam berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-http://beritasabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda