Kesihatan

KES BAHARU DI RANAU BABITKAN PELAJAR BALIK DARI SARAWAK : COVID-19

image

KOTA KINABALU: Kes terbaharu Covid-19 yang dicatatkan di Ranau, semalam, adalah kes import yang dikesan menerusi sampel diambil daripada pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataannya semalam berkata, kes itu membabitkan seorang pelajar yang menaiki pesawat sewa khas dari Sarawak.

“Kes ini telah ditempatkan di pusat kuarantin setibanya di Ranau dan pada 23 Mei, dia telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata, satu lagi kes baharu di Lahad Datu semalam adalah membabitkan aktiviti pencarian kontak kes positif dan pesakit berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

“Siasatan terhadap dua kes baharu ini masig diteruskan oleh Pejabat Kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Sabah mencatat dua kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini sebanyak 343 kes.-http://beritaorangsabah.com

Kongsikan Berita Ini

Tinggalkan Komen Anda